Suria Horizon

Nov 12, 2014

KEM REMAJA UNGGUL 2014 KINI KEMBALI!!!



KEM REMAJA UNGGUL 2014 KINI KEMBALI!!!


Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang anda sedia maklum Kem Remaja Unggul 2014 a.k.a KRU kini kembali lagi!!!

Misi penjelajahan kami baru bermula!!! Team kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia!!! Ingin mengetahui negeri anda terpilih atau tidak? Sila rujuk poster di bawah.

Sedikit kelainan program kali ini adalah, ia merupakan hasil gabungan diantara SURIA HORIZON TRAINING & CONSULTANT (SHTC), HIJRAH INSAN TRAINING & CONSULTANT (HITC) dengan kerjasama AKADEMI KEPIMPINAN REMAJA (AKR), dan NGO CORUM.

Gabungan diantara keempat-empat NGO ini maka akan terhasil sedikit kelainan dalam pengisian dan perlaksanaan program yang akan dijalankan.

Antara objektif yang ditekankan dalam penganjuran program kali ini adalah seperti berikut:
1.0 Mendidik generasi remaja mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah.
1.1 Membina minda dan imaginasi yang cemerlang dalam diri peserta supaya dahagakan kejayaan di dunia dan di akhirat.
1.2 Mengetahui dan memahami cara menunaikan solat dengan konsep yang betul melalui teori dan amali serta mampu menterjemahkan solat dalam kehidupan seharian.
1.3 Membentuk sikap positif sebagai anak-anak Muslim yang benar-benar beriman, bertakwa dan cemerlang dalam segala aspek.


PROGRAM INI TERBUKA KEPADA REMAJA YANG BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 
9 TAHUN HINGGA 19 TAHUN


Remaja merupakan aset penting dalam sesebuah masyarakat dan negara. Permasalahan yang berlaku pada hari ini telah menimbulkan kebimbangan ramai pihak terutama ibu bapa, para pendidik dan pemimpin Negara.

Serangan pemikiran dan percampuran budaya Barat masa kini telah menyebabkan golongan ini mudah leka daripada tanggungjawab utama mereka sebagai anak, pelajar dan hamba Allah S.W.T.

Justeru itu, dengan adanya penganjuran kem selama sehari sempena cuti sekolah atau lebih dikenali sebagai “Kem Remaja Unggul 2014” dilihat sebagai salah satu alternative atau usaha terbaik yang mampu diambil perhatian oleh para ibu bapa dan guru untuk mengembalikan semula para remaja ini kepada semangat dan ruh Islam serta mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.


Semoga para remaja atau peserta program ini mampu berubah menjadi seorang “Khalifah Kecil” yang unggul dan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai ikon dan contoh ikutan terbaik dalam kehidupan  mereka.

Berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda untuk program ini? Sila daftarkan dengan mengisi borang INI atau hubungi Cik Nasihah di talian 013-7421764.

Terima kasih.



Oct 27, 2014

Borang Pendaftaran Kem Remaja Unggul 2014

Borang Pendaftaran

Nama Penuh *
Umur *
No Telefon *
Alamat Penuh *
No Rumah *
Bandar *
Poskod *
Negeri *
Negara *
Jika ada persoalan, sila komen dibawah

Sep 25, 2014

MODAL UTAMA KEHIDUPAN

Apakah MODAL UTAMA anda???

Adakah wang semata?

TIDAK!!!

Sebenarnya, mempunyai VISI, IMPIAN TINGGI atau CITA-CITA BESAR & KEYAKINAN adalah modal utama.

"To accomplish great things, we must not only act, but also dream."
(Anatole France)

Inilah salah satu modal terbesar yang dimiliki setiap orang tetapi seringkali dilupakan iaitu;

VISI, IMPIAN & KEYAKINAN.


Sesiapapun yang mempunyai visi yang kuat, impian yang besar, sekalipun tidak mempunyai wang, akan mempunyai daya tahan yang tinggi untuk bertahan mengahdapi tentangan dan masalah, selalu punya energi untuk berusaha keras dan memperbaiki diri untuk berjaya.

KELAS REMAJA AL-QURAN MASIH DIBUKA!!!



Anda tercari cari tempat belajar Al Quran untuk keluarga anda? Terfikir untuk meningkatkan kualiti solat keluarga anda? Mahu meningkatkan motivasi keislaman ahli keluarga anda?

Kami tawarkan semua itu dalam pakej KELAS REMAJA AL QURAN!

Sila hubungi segera untuk mendaftarkan anak anda berusia 7-19 tahun:
013-7421764 (Cik Nasihah)
019-4505360 (Ust Hakim) 
Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut. Khusus untuk anda yang berada di sekitar Melaka.

RANCANGLAH HIDUP ANDA & HIDUPLAH DENGAN PERANCANGAN


Orang yang tidak pernah merancang hidupnya, adalah orang yang tiada matlamat hidup yang jelas.

Orang yang berada dalam kategori ini adalah orang yang selalu pasak dalam mindanya:

"Just follow the flow"


(Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, 2014)
Pengarah Urusan,
Suria Horizon Training & Consultancy

HIDUP PADA MEMBERI

Apa yang ada pada memberi?

Selalu ingat,
"Apa yang anda beri, itulah yang anda akan dapat"

Lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda akan dapat.

Bukankah lebih  indah sekiranya anda melebihkan dengan memberi daripada menerima.

(Ustaz Hakim Mohd Nor, 2014)