Suria Horizon

Sep 19, 2015

#throwback

#throwback

Pada tahun pertama di universiti, saya ambil satu subjek yang sangat penting, credit hournya tiga. Nama subjek Differential Equation. Subjek ini juga digelar subjek killer. Ramai yang gagal dan repeat subjek ini.

Namun, saya amat yakin untuk lulus cemerlang dengan subjek ini. Lecturernya Puan azizan sangat pandai mengajar. Hasilnya, course work saya boleh dikatakan agak baik. Coursework 40% dan final 60%. Tak silap saya course work saya menghampiri 40%.

Namun, saya membuat kesilapan besar pada malam sebelum peperiksaan. Saya tidur lewat.

Hasilnya, keesokan pagi semasa exam, Saya BLANK. Mata merah, telinga berdengung, badan menggeletar dan kepala rasa berat. Satu apa saya tidak tulis di atas kertas exam. Bila selesai tiga jam, kertas kosong yang dihantar dihujung peperiksaan. Saya macam tidak percaya apa yang terjadi.

Saya jadi panik. Terus saya berjumpa puan azizan untuk tanya apa yang berlaku akibat tidak menjawab langsung soalan semasa final exam.

Jawapannya ringkas. Kalau fail final exam, akan fail paper. Bila dihitung-hitung, memang logik juga. Dengan markah lulus minima 40, dan coursework pula tidak cecah 40.. Memang konfem fail lah paper ini!

Saya jadi bungkam. Sedih. Celaru. Rasa sungguh frust.

Disini bermula kesilapan yang lebih BESAR. Saya terbawa bawa kesedihan ini ke hari yang seterusnya. Sedangkan paper keesokan harinya adalah paper wajib lulus, empat kredit hour, iaitu Circuit Theory.

Akibat terlalu sangat memikirkan paper differential equation, saya tidak dapat tidur pada malam ini. Dan sekali lagi keesokan harinya, saya ulangi kesilapan saya, saya BLANK semasa peperiksaan Circuit Theory.

Keluar sahaja dewan peperiksaan, langkah saya longlai.

Saya cukup hiba. Walaupun belum keluar keputusan final. Saya sudah dapat jangka keputusan saya ialah fail / gagal dalam kedua dua paper ini.

Dan ternyata betul, setelah keluar keputusan exam, saya fail kedua dua paper. memang saya perlu repeat semula kedua dua paper ini.

Bayangkan, bagaimana sedih dan pilunya hati ini. Semester pertama dimulakan dengan cgpa 1.78!

Saya terduduk diam. Mencari halatuju. Rasa sungguh down. Self confidence merudum.  Sedang rakan rakan sekampus memanggil saya dengan gelaran penghulu (dilantik semasa minggu aluan siswa), saya rasa cukup malu dan kecewa dengan diri sendiri.

Lebih menambah derita lagi, perlu mengulang subjek dengan junior dan ada diantara mereka ialah anak usrah!

Antara dialog yang tidak dapat saya lupakan setiap kali junior yang kenal saya bertemu saya di kelas ialah "eh, abang hakim, abang pun ada kat sini. Repeat paper ke?"

Waktu itu, memang muka cukup tebal.

Bayangkan, malam sebelumnya berdegar degar dalam usrah cerita tentang pentingnya berjaya dalam akademik dan agama. Ialah, kan selalu disebut: "dakwah no 1, tetapi akademik bukan no 2.". Tetiba berjumpa dalam kelas yang sama dengan anak usrah sebab repeat paper! Boleh bayangkan tak?

Dalam kekalutan itu, saya tekan butang pause. Saya mula menggali apa hikmahnya. Saya mahu belajar sesuatu dari ketetapan Allah ini.

Alhamdulillah, saya bertemu dengan "redha". Belajar untuk menerima takdir Allah. Saya juga belajar 'bingkas bangkit". Saya membentuk sikap dan keperibadian dengan perkara yang positif. Ini antara acuan Allah yang membentuk saya menjadi seorang motivator pada hari ini.

Dengan pengalaman pernah gagal, saya menjadi tidak takut untuk gagal atau mencuba sesuatu yang baru. Saya menjadi seorang yang sukakan cabaran.

Saya cabar diri saya untuk buat sesuatu yang dirasakan oleh orang lain sebagai mustahil. Contohnya, saya mahu grade sama seperti rakan satu batch tanpa perlu extend.

Maka saya cabar diri saya ambil 47 credit hours semasa final year. Ya, orang lain puratanya 30 credit hour sahaja di final year. Saya ambil 47! Boleh bayangkan betapa padatnya waktu kelas saya?Setiap hari kelas jam8 dan habis jam 5 tanpa sebarang gape.Dan sambung pula kelas sebelah malam. Keadaan begini non stop selama setahun!

Lebih mencabar lagi, semasa di final year, saya ditaklifkan dengan jawatan di Rakan Masjid Utp sebagai presiden!

Ya. Jawatan presiden di tahun akhir cukup mencabar. Dengan final year project, dengan assignment dan pelbagai urusan akademik yang semakin berat. Apatah lagi permulaan semester saya diamanahkan sebagai director merangkap ketua fasilitator minggu aluan siswa. Bertambah tambah cabaran yang digalas.

Balik ke bilik di tingkat 5 village 5 boleh dibilang dengan jari. Selebihnya selalu sahaja tidur di kereta ataupun di lantai masjid sahaja. Sungguh padat jadual dan memang meletihkan.

Waktu itu, lagu nazrey johani, ex- raihan "kehidupan" memang sentiasa menjadi peneman halwa telinga untuk kekal positif.

Dengan program rakan masjid tahun itu yang sangat padat kerana rebranding ,dan ditambah 200++ event yang perlu dihadiri sebagai presiden, alhamdulillah saya berjaya survive dengan ujian ini. Rasa ingin menangis apabila dapat convo bersama sama rakan satu batch.

Dan benarlah kata Allah, disebalik setiap kesusahan akan datang kesenangan. Kesemua kesusahan itu membentuk diri saya pada hari ini. Saya dapat rasakan, tanpa pengalaman ini, mungkin saya bukan seorang motivator pada hari ini. Terlalu banyak hikmah yang saya mula nampak hari ini, sesuatu yang disembunyikan Allah sewaktu mula diberi ujian dahulu.

Dan saya ingin pesankan kepada adik adik upsr yang sedang menduduki upsr hari ini. Jangan sesali apa jua yang anda jawab pada kertas peperiksaan pada hari ini. Move forward. Jangan ulangi kesilapan saya.

Dan kedua, apa jua keputusan yang anda terima. Pasti ada hikmahnya yang sedang Allah susun. Kita tidak tahu. Yang perlu kita buat ialah redha dan bingkas bangkit!

Ayuh adik2..teruskan perjuanganmu. Selamat ber upsr. :)

Dari abangmu, ustaz hakim @ along.